Alhamdulillah...
Segalanya dah tamat.
Segala penat jerih, letih lelah.. berakhir semalam
Akhirnya, genap 2 tahun 11 bulan, aku telah mengakhiri pengajianku di kota Bangkok ini
Semalam, aku telah lepasi halangan yang terakhir.. sesi viva untuk mempertahankan disertasi ku
Setelah 2 jam membentang dan disoal-jawab, akhirnya Dr Chantra, Pengerusi Jawatankuasa Tesis ku mengumumkan berita gembira itu
Disertasiku telah digredkan sebagai "Excellent"
Kini aku cuma perlu membuat sedikit pembetulan and penambah-baikan pada tesis ku... itu adalah perkara minor
Yang penting, segala penat lelah aku selama ini telah berbaloi
Sekarang, aku sudah boleh mula menjenguk ke hadapan... mengenai masa depanku di fakulti tempat kerja ku
Namun sebelum itu, masa depan terdekat ku itulah yang sangat bermian difikiranku
Aku akan menghantar naskhah terakhir ku pada 9 Oktober
Selepas itu, aku akan meluangkan masaku dengan kekasihku.. dia akan datang ke Bangkok mulai 12 Oktober sehingga 15 Oktober
Aku akan pulan ke Malaysia pada 15 Oktober (kerana visa ku tamat).. tapi akan kembali semula ke Bangkok pada 19 Oktober
Diantara 19 dan 24 Oktober, aku ada pelbagai urusan untuk dijalankan
urusan penamatan sewa bilik ku
jamuan bersama Dr Noppadon dan rakan-rakan Dept of Biology
aku akan bertemu dengan Keng, Mr Butterfly, buat kali terakhir
dan selepas itu....
pada 24 Oktober, aku akan terbang kembali ke Malaysia...
AKU TAK SABARRRRRR
Posted at Tuesday, September 29, 2009 by
ikanmelayu